Monday, September 10, 2012

Salam Perjuangan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...!

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Tahun 6 SKS.
Buat yang terbaik dalam hidup kalian.
Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Amiin ya Rabbal a'laamiin...

Ikhlas,


GPB.

Saturday, September 8, 2012

PUSAT AKSES REHAT SEKETIKA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Buat masa ini, Pusat Akses SKS direhatkan seketika kerana proses selenggara dan kemaskini terpaksa dijalankan akibat hujan lebat yang lalu. Hal ini telah menyebabkan tangki dibahagian atas telah bocor dan air telah membasahi lantai PA.

Walaubagaimanapun, keadaan komputer didapati berada dalam keadaan stabil. Buat masa ini aktiviti pembelajaran dan pengajaran di Pusat Akses terpaksa ditangguhkan seketika sehingga keadaan bilik itu berada dalam keadaan selesa.

Juruteknik dan pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Tahniah diucapkan diatas usaha beliau! Unit pembangunan PPD Jasin telah hadir ke sekolah dan mengambil tindakan selanjutnya ke atas masalah ini.

Harapan agar, kemudahan sedia ada ini dapat digunakan semula dengan lancar dan tiada masalah kebocoran tangki lagi pada masa yang akan datang.

Sekian.
GPB SKS.

Thursday, September 6, 2012

SAAT AKHIR MENJELANG UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Salam Melaka Maju, Negeriku Sayang, Bandar Teknologi Hijau.

Warga SKS mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada semua murid tahun 6.
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang berkat membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kejayaan milik kita bersama!

All the best to all of you..!!