Monday, September 10, 2012

Salam Perjuangan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...!

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar Tahun 6 SKS.
Buat yang terbaik dalam hidup kalian.
Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Amiin ya Rabbal a'laamiin...

Ikhlas,


GPB.

Saturday, September 8, 2012

PUSAT AKSES REHAT SEKETIKA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Buat masa ini, Pusat Akses SKS direhatkan seketika kerana proses selenggara dan kemaskini terpaksa dijalankan akibat hujan lebat yang lalu. Hal ini telah menyebabkan tangki dibahagian atas telah bocor dan air telah membasahi lantai PA.

Walaubagaimanapun, keadaan komputer didapati berada dalam keadaan stabil. Buat masa ini aktiviti pembelajaran dan pengajaran di Pusat Akses terpaksa ditangguhkan seketika sehingga keadaan bilik itu berada dalam keadaan selesa.

Juruteknik dan pihak sekolah telah mengambil tindakan yang sewajarnya. Tahniah diucapkan diatas usaha beliau! Unit pembangunan PPD Jasin telah hadir ke sekolah dan mengambil tindakan selanjutnya ke atas masalah ini.

Harapan agar, kemudahan sedia ada ini dapat digunakan semula dengan lancar dan tiada masalah kebocoran tangki lagi pada masa yang akan datang.

Sekian.
GPB SKS.

Thursday, September 6, 2012

SAAT AKHIR MENJELANG UPSR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Salam Melaka Maju, Negeriku Sayang, Bandar Teknologi Hijau.

Warga SKS mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR 2012 kepada semua murid tahun 6.
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang berkat membuat latihan dan mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah kejayaan milik kita bersama!

All the best to all of you..!!










Thursday, May 12, 2011

Khidmat Bantu Gabungan PKG Sebatu Dan PKG Serkam

Beberapa minggu lepas di SKS kami pihak sekolah telah meminta bantuan daripada juruteknik-juruteknik di bawah seliaan PKG Sebatu dan PKG Serkam untuk membuat networking untuk talian internet di dalam kawasan sekolah.

Seramai 10 orang juruteknik telah dipanggil untuk membantu.  Antara yang dilakukan ialah menarik kabel utp dari bilik server makmal komputer ke pusat akses dan pejabat sekolah. Juruteknik lelaki membuat kerja memanjat manakala juruteknik perempuan pula hanya memeriksa projektor di setiap kelas dan membawa turun untuk di simpan.

Thursday, April 28, 2011

BENGKEL PEMURNIAN PEMBINAAN BLOG

Bengkel ini telah diadakan pada 28 April 2011 di makmal komputer SK Serkam Darat. Seramai 23 Juruteknik dari 3 PKG Daerah Jasin telah terlibat dalam bengkel ini. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan lagi kemahiran juruteknik sekolah dalam membina dan mengedit blog sekolah.

PUSAT AKSES SK SEBATU

Sejarah penubuhan pusat akses di SK Sebatu bermula pada tahun 2007. Pada waktu itu Guru Besar di SKS adalah En Majid Bakar. Beliau adalah seorang guru yang suka akan perubahan dan bersifat ingin tahu dalam bidang ICT. Atas bantuang beliau dan pihak PIBG, pihak sekolah telah membuka satu kelas untuk dijadikan bilik Pusat Akses SKS.

Sekolah juga telah dibekalkan sebanyak 10 buah komputer untuk di letakkan di Pusat Akses. Pusat Akses digunakan secara bergilir-gilir oleh murid dan guru di SKS sebelum Makmal Komputer dibangunkan.